KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara kini dalam fasa persiapan penting menjelang Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Dengan sasaran pingat emas bagi memastikan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, Speedy Tigers tidak boleh terlepas peluang ini apabila berhadapan pasukan terbaik Asia di Taman Sukan Terusan Gongshu, selepas dikejutkan pasukan kurang ternama Jepun dalam final Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Bagi Ketua Jurulatih A. Arulselvaraj tumpuan kali ini adalah mengenai perkara-perkara yang perlu diperhalusi termasuk pukulan sudut penalti dan aspek teknikal permainan yang perlu dimantapkan sebelum mereka berlepas ke Hangzhou.
"Tumpuan kali ini pada perkara-perkara kecil yang menjebak kami seperti kelajuan bola dan pukulan sudut penalti, perkara paling pokok. Kami akan mengadakan minggu pemerkasaan dengan meneruskan latihan kecergasan dan di gimnasium tetapi menjauhi daripada hoki dalam pelan persediaan kami," katanya kepada Bernama.
Speedy Tigers juga berjaya mendapatkan kembali khidmat bekas pemain antarabangsa Australia Kieren Govers dan Glen Turner bagi membantu menguatkan serangan untuk menjaringkan gol dan pukulan sudut penalti untuk seminggu.
Mengenai cabaran utama membawa pulang emas Sukan Asia, Arulselvaraj berkata Kejohanan Piala Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di India, memberikan pasukan itu pendedahan mengenai pasukan lawan.
"Sudah tentu kami tidak mengetahui bagaimana persiapan mereka untuk Sukan Asia, tetapi kami perlu menghadapi semua negara itu di sana. Jadi kami memberi perhatian dan menganalisis apa yang mereka boleh lakukan dan tidak boleh lakukan.
"Adalah lebih baik kami mendapatkan perincian berdasarkan bagaimana kami menghadapi mereka, daripada menyaksikan mereka berlawan dengan pasukan lain. Satu keputusan yang baik,"katanya.
Arulselvaraj yang dinobatkan Jurulatih Lelaki Terbaik dalam Anugerah Sukan Negara 2022 baru-baru ini, membimbing Speedy Tigers sehingga berjaya muncul selaku Naib Juara di belakang India dalam ACT.
Speedy Tigers dijangka berlepas ke Hangzhou pada 20 Sept ini, empat hari sebelum perlawanan pertama Kumpulan B menentang Thailand.
Beliau berkata pasukannya tidak merancang untuk berlepas awal memandangkan keadaan cuaca dan zon waktu adalah sama dengan tempat sendiri, sementara makanan tidak seharusnya menjadi isu kerana pelbagai juadah disediakan di Perkampungan Sukan.
Korea Selatan, Oman, Indonesia dan tuan rumah China merupakan pencabar lain dalam kumpulan ini, sementara pasukan nombor tiga dunia India, juara bertahan Jepun, Pakistan, Bangladesh, Singapura dan Uzbekistan berada dalam Kumpulan A.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
Speedy Tigers dijangka berlepas ke Hangzhou pada 20 Sept ini, empat hari sebelum perlawanan pertama Kumpulan B menentang Thailand. - Gambar fail/Facebook Malaysian Hockey Confederation
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Speedy Tigers dalam fasa penting persiapan capai impian emas Sukan Asia
Tumpuan kali ini adalah perkara yang perlu diperhalusi termasuk pukulan sudut penalti dan aspek teknikal yang perlu dimantapkan.
Siri jelajah: Malaysian Tigers ikat Korea Selatan
Skuad hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon hari ini.